May – Cintamu Mekar Di Hati

 

Kau umpama bunga
yang mekar di hatiku
Ku harap kau mekarlah
selama-lamanya

Kau umpama bintang
menyinari hidupku
Ku harap kau
terus bersinar

Di ketika kau
Perlukan aku
Sentiasa aku
Ada di sisimu
Di ketika
Rindu padamu
Terasa cinta
Semakin dalam

Sayang
Kasihku abadi
Cintamu mekar
Di hati ini

Kau dalam ingatan
Di sepanjang hayatku
Demi teguhnya cinta
Selama-lamanya

Great Kung-Fu Song

Hormati Etika Pemuzik Indie

WE are not same like others (kami tidak sama seperti orang lain). Itu adalah antara puluhan moto, etika, pendirian, matlamat dan identiti yang dipegang oleh kumpulan-kumpulan pemuzik indie tidak kiralah sama ada di negara ini atau pun di mana-mana juga.

Bukan mahu mengasingkan diri daripada dunia luar atau anti society (anti masyarakat), tetapi dalam konteks itu, ia sebenarnya menjurus kepada kecenderungan para pemuzik indie sejati dalam menghasilkan lirik serta lagu sendiri, bunyi muzik dan kreativiti artwork (kerja seni) yang unik dalam karya-karya mereka.

Indie atau singkatan daripada perkataan independent (berasingan) juga merupakan satu daripada puluhan genre muzik underground yang berevolusi hasil daripada pengembangan tunas muzik popular sedia ada seperti jazz, blues, klasikal, heavy metal, ska, pop dan sebagainya.

Justeru, memang ada relevannya apabila pegangan seperti ‘we are not same like others’ atau ‘leaders not followers’ yang dijadikan sebagai inspirasi oleh kalangan pemuzik indie sedikit sebanyak telah berjaya mengetengahkan banyak genre muzik baru yang lebih futuristik dan energetik hasil daripada eksperimentasi tersebut.

Tanpa adanya evolusi serta eksperimentasi seperti itu, industri muzik walau di mana juga mungkin akan menjadi statik, membosankan dan tidak mempunyai daya saing kerana ia biasanya menampilkan elemen-elemen muzik serta dimonopoli oleh komposer-komposer yang hampir sama sahaja.

Pendekatan itu telah digunapakai oleh banyak kumpulan dan genre muzik, contohnya Ozzy Osbourne bersama kumpulan heavy metal, Black Sabbath pada tahun 1960-an, Bob Marley dan The Wailers menerusi muzik reggae (1970-an), Ian McKay bersama Minor Threat dengan irama punk/hardcore (1980-an), Kurt Cobain dan Nirvana pula mempopularkan muzik grunge (1990-an).

Sama seperti perkembangan dalam industri muzik di seluruh dunia, negara kita juga tidak terkecuali dilanda fenomena itu apabila semakin banyak kumpulan pemuzik indie dengan pelbagai gaya muzik ditubuhkan dan menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

Perubahan

Perkembangan itu juga seakan-akan menjadi isyarat bahawa para peminat muzik tempatan mahukan suatu perubahan yang ketara sesuai dengan perkembangan teknologi, maklumat dan fesyen yang kini sedang berkembang dengan amat pesat sekali.

Kalaulah fenomena itu hendak dikaitkan dengan persada muzik tanah air sekarang ini yang kononnya semakin malap, membosankan, tiada pembaharuan serta kurangnya generasi pemuzik pelapis yang berbakat, maka kita mungkin silap dan tidak peka dengan perkembangan semasa.

Ini kerana, puluhan atau mungkin ratusan pemuzik indie tempatan yang kini semakin aktif berkarya sama ada mencipta lagu serta lirik sendiri, menghasilkan demo tape, album dan mengadakan persembahan di merata-rata tempat mungkin boleh dijadikan sebagai alternatif bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Sebagai contoh, mulai esok hingga 5 Julai ini akan berlangsung Festival Indie Kuala Lumpur ‘08 ( KL Indie Fest 2008 ) di Menara Kuala Lumpur yang bakal dijayakan oleh lebih 20 kumpulan Indie tempatan.

Antara kumpulan indie yang akan menjayakan konsert itu ialah Bittersweet, Butterfingers, Couple, Dead Mushroom, Julie Love, Meet Uncle Hussein, OAG, One Buck Short, Pinhead, Republic of Brickfields, Roots n Boots, Sinopsis, Skudaskudip, The ACAB, The Official, Stone Garden, The Aggrobeats, The Pilgrims, The Times dan They Will Kill Us All.

Festival besar-besaran yang diadakan itu sepatutnya boleh digunakan oleh syarikat rakaman, stesen televisyen, radio dan penganjur pertunjukan pentas sebagai medan untuk mereka mengenal pasti bakat-bakat baru terutamanya daripada kalangan pemuzik indie.

Bagaimanapun, tiga golongan tersebut haruslah memahami etika, keperluan dan kesesuaian para pemuzik indie serta tidak sewenang-wenangnya mempergunakan bakat mereka untuk tujuan komersial semata-mata.

Misalnya, apakah relevannya dengan bidang muzik apabila fotografi kumpulan indie diadakan di tepi kolam renang ataupun mereka cuba digosipkan dengan artis-artis popular?

Ekoran ketidakfahaman atas perkara-perkara seperti itu, ramai pemuzik indie yang dikatakan sombong dan lari daripada arus muzik perdana kerana ia tentunya jauh tersasar daripada etika serta hala tuju perjuangan muzik mereka yang sebenar.

Dalam hal ini, kita haruslah memahami dan memberi ruang kepercayaan kepada para pemuzik indie bagi mengetengahkan idea, karya serta bakat mereka demi kelangsungan dalam industri muzik tempatan pada masa depan.

The Composition of a Dikir Barat Group

The basic elements of a Dikir Barat Group are the two frontmen, the Juara and the Tukang Karut. A Dikir Barat group can be of any size.

 

In Singapore, during competitions, the standard size of a group will be the two frontmen, fourteen awok-awoks and four percussion players.

 

The Juara is the singer of the group and he will usually open the performance of his or her group followed by the Tukang Karut. Unlike the Juara, the Tukang Karut will be interacting with the audience with his or her wit. The more engaging a Tukang Karut is the more effective he or she is as a performer. The Juara would be one with the melodious voice.

 

The awok-awoks are basically the chorus. They will sing and do dance moves, while sitting down in tune with the songs being sung by the two frontmen.

 

The percussion includes an ibu rebana, an anak rebana, a maracas, a trambouline, gong and canang. The ibu rebana, “ibu” meaning mother, is the main and most important percussion. The anak rebana, “anak” meaning child, supports the ibu rebana and is significantly smaller in size and has a higher pitch to it. Gong and canang set the tempo. Canang is a small traditional malay gong that is set on the floor. It is often played in unison with the gong by one player. Maracas and trambouline are usually used for extra effects to the music. Trambouline is usually played by one of the frontmen when the other is singing.